Kursus ini telah di laksanakan pada 5 & 7 November 2008 di Makmal Komputer Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu. Kursus di hadiri seramai 7 orang pelajar lepasan UPSR dari Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar Perak. Tenaga Pengajar bagi kursus ini ialah Pn Zubaidah dan yuran kursus RM15 bagi setiap peserta.Di dalam kursus ini para pelajar didedahkan dengan penggunaan Aplikasi Microsoft Word, Excel dan Power Point untuk kegunaan seharian.
11/12/2008
KURSUS LITERASI KOMPUTER (ASAS KOMPUTER)
Kursus ini telah di laksanakan pada 4 November 2008 di Makmal Komputer Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu. Kursus di hadiri seramai 7 orang pelajar lepasan UPSR dari Sekolah Kebangsaan Methodist Parit Buntar Perak. Tenaga Pengajar bagi kursus ini ialah Pn Zubaidah dan yuran bagi setiap orang peserta ialah RM 10.Di dalam kursus ini para pelajar didedahkan kepada peralatan asas komputer dan bagaimana mengendalikan komputer dengan betul.
KURSUS BAHASA ARAB KOMUNIKASI
Kursus Bahasa Arab Komunikasi telah di laksanakan pada 5 & 7 November 2008 di Bilik Kuliah Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu. Kursus ini di hadiri seramai 10 orang peserta dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir dan Sekolah Kebangsaan Bandar Baharu. Tenaga Pengajar bagi kursus ini ialah Ustaz Mohd Zaki.
11/09/2008
KURSUS UKIRAN BUAH - BUAHAN
Kursus ini telah di adakan pada 25 Oktober 2008 di Foyer Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu dan di hadiri seramai 17 orang peserta dari kawasan Bandar Baharu dan Parit Buntar.Di akhir kursus ini para peserta telah di dedahkan kaedah mengukir buah - buahan seperti buah betik, tembikai susu dan oren.
KURSUS INDUKSI KESELAMATAN KAD HIJAU (GREEN CARD) SIRI 2
Kursus ini telah berlangsung pada 9 Nov 2008 di Bilik Kuliah Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu dan telah di hadiri seramai 24 orang peserta. Kursus bermula seawal 9 pagi dan tamat pada pukul 5 petang dan kursus telah disampaikan oleh En Mohd Noor, Pegawai dari CIDB. Setelah tamat kursus, para peserta telah di berikan Sijil Penyertaan oleh pihak Kolej dan Kad Hijau dari CIDB.
Langgan:
Catatan (Atom)
