5/07/2009

MAKLUMAN HARI TERBUKA KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN BANDAR BAHARU






Hari terbuka Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu akan berlangsung pada 23 Mei 2009 jam 8.00 Pagi hingga 11.00 malam. Objektif utama program ini untuk mempromosikan Kolej Komuniti kepada seluruh masyarakat di Bandar Baharu Kedah, Parit Buntar Perak dan Nibong Tebal Pulau Pinang. Di antara program yang akan berlangsung ialah, Senam Robik Perdana, Ceramah Agama PAKSI, Pertandingan Mewarna Kempen derma darah, Gerai - gerai Pameran dan jualan AutoShow PROSBOC dan lain-lain lagi. Pada malamnya pula Ceramah Perdana oleh Ust Mohd Khairuddin Aman Razali At Takiri. Semua di jemput hadir bagi memeriahkan lagi Hari Terbuka ini.

3/29/2009

KURSUS SULAMAN MANIK DAN BENANG




Kursus ini telah berlangsung pada 29 Mac 2009 di Bilik Mesyuarat Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu. Seramai 28 orang peserta dari kawasan Bandar Baharu Kedah, Nibong Tebal Pulau Pinang dan juga Parit Buntar perak telah menghadiri kursus ini dimana tenaga pengajar bagi kursus ini ialah Puan Normah bt Nawawi. Kursus bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

3/01/2009

KURSUS JAHITAN BAJU KURUNG




Kursus ini telah berlangsung pada 21 dan 22 Feb 2009 di Bilik Jahitan Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu. Untuk pengetahuan semua kursus Jahitan Baju Kurung ini adalah kursus untuk siri yang kedua dan peserta untuk setiap kali kursus ialah seramai 6 orang. Yuran yang di kenakan ialah sebanyak RM45 (termasuk bahan). Tenaga Pengajar bagi Kursus ini ialah Pn Normah yang merupakan orang yang berpengalaman dalam jahitan baju kurung. Bagi sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus ini di masa akan datang boleh berhubung dengan Pegawai Unit Kursus Pendek Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu Pn Zubaidah Bt Abu Bakar di talian 05-7169539.












12/02/2008

KURSUS SENI KECANTIKAN DIRI




Kursus Seni kecantikan Diri telah berlangsung di Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu pada 22 November 2008 (Sabtu). Tenaga Pengajar yang mengendalikan kursus ini ialah Puan Mazuin dimana beliau berpengalaman dalam selok belok Seni Kecantikan Wanita. Kursus di hadiri seramai 16 orang peserta dari kawasan Bandar Baharu, Parit Buntar dan Nibong tebal.Kursus diakhiri dengan penyampaian sijil bagi setiap peserta.

11/12/2008

KURSUS LITERASI KOMPUTER (WORD EXCEL &POWER POINT)



Kursus ini telah di laksanakan pada 1 & 8 November 2008 di Makmal Komputer Kolej Komuniti Cawangan Bandar Baharu. Kursus di hadiri seramai 18 orang pelajar lepasan UPSR dari Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir Bandar Baharu Kedah. Yuran kursus dikenakan sebanyak RM 15 bagi setiap peserta.Tenaga Pengajar kursus ini ialah Cik Normawati.Di dalam kursus ini para pelajar didedahkan dengan penggunaan Aplikasi Microsoft Word, Excel dan Power Point untuk kegunaan seharian.